Sunday 6 April 2014

Tiada Pengganti

"Ainul, jom rehat." Ina menunggu Ainul habiskan nota yang sedang disalin. Ainul sekadar mengangkat muka sambil mengangkat tangan seperti polis trafik.

"Okay! Dah siap. Jom." Ina dengan penuh setia menanti di tempat yang sama dengan sugul. Ainul yang sudah kedepan menoleh ke belakang. Hairan. Dan aneh.


"Ina, awak nak pergi makan tak?"


"Ainul, kita lupa bawak makaroni yang mama masak pagi tadi!!" sudah, gaya 'bayinya' sudah keluar! bebel hati si Ainul.


"Aduhai, Ina ni kan! Buat suspend orang je."


"Habis, kita nak makan apa?"


"Memang kantin kita tu letak bangku dengan meja je untuk makan. Makanan memang tak dijual." pedas Ainul ni perli.


Macam tak tau je aku ni bukan jenis makan makanan kantin. Tak ada khasiat! hati Ina berbisik.


"Hmm kita tak nak makanlah. Kita nak pergi musolla sekejap. Dhuha. Nanti lepas makan, awak jangan lupa solat tau!" pesan Ina. Ringkas. 


Ainul sekadar mengangguk. Begitulah rutin mereka. Setelah mahupun sebelum makan alas perut, menjadi seperti kewajipan bagi mereka berdua untuk solat Dhuha 2 rakaat sekurang-kurangnya walaupun ia sunat je. 


**


"Ina, petang ni umi kita ajak awak dan mama datang rumah. Makan malam." Ainul menyusun buku-buku pelajarannya sedia untuk pulang. 


"Terima kasih. Nanti kita gitau mama, kay." Ina pula sudah siap-siap galas begnya. Tak sabar rasanya mahu pulang. Malam nanti, kakak sulungnya, Kak Qarina balik dari Australia. 


"Ina, Ainul, korang berdua nak join kami tak? Tuisyen Bahasa Arab dengan Ustazah Arilah." Ezzah dan Putri berdiri berhadapan dengan rakan sekelas mereka itu. Hampir serentak pertanyaan itu dihamburkan.


Ina dan Ainul hanya berpandangan. Sejak bila Ustazah Arilah buat tuisyen? Ina mengangkat kening sebelahnya. Ainul hanya tersenyum.


"Boleh je. Kan, Ina?" walaupun Ainul tahu yang sahabat seorangnya itu langsung tak minat dengan subjek bahasa, tapi Ainul akan tetap berusaha untuk mengajak Ina meminati bahasa surga. 


"Ainul !?" kaget dengan persetujuan Ainul tanpa apa-apa perkataan yang keluar daripada mulutnya. 


Ainul ni sengaja buat aku macam ni. Aku ni dahlah tak suka bahasa bahasa bagai ni ! Argh !! jerit hati Ina, tak ada siapa yang dengar. Kecuali, Dia.


Sengihan Ainul semakin melebar dan semakin membuat Ina bertambah menyampah. Fuiyo! Boleh lepas hipotesis science aku ni. Ina buat lawak hambar. 


"Jom balik."


"Tak nak."


"Jomlah.. Nanti mama pelik pulak awak pulang lewat." Ainul tak bosan memujuk. Ya, itulah satu-satunya cara Ainul untuk memujuk. Tak putus asa. 


"K." seperti di alam maya pula, nak ber'k' 'k'. 


**


"Assalamualaikum.. Umi, Ainul dah balik!" matanya melilau mencari kelibat uminya seorang itu. Mana semua orang pergi? Abah, tak usah ditanya.. Semestinya ada di pejabat lagi. Adik-adik mestilah ada tuisyen di rumah Cikgu Dalila. Hmm.. Umi pergi rumah mama si Ina, barangkali. Getus hati sendiri.


Pintu bilik ditutup rapat. Penghawa dingin dihidupkan. Tudung dibuka dan dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Tiba-tiba terdengar batukan seseorang dari bilik uminya. Segera tudung syria diambil dan dipakai.


Kakinya perlahan-lahan melangkah ke bilik sebelah. Pintu dibuka sedikit. Kelibat seseorang yang baru masuk ke dalam tandas. Aduh! Siapa pula tu? soal Ainul sendiri.